Dessert

Deserts : Krim Bavarian, Mousses, Charlotte

Pencuci mulut yang dijamah pada penghujung jamuan perlu “terasa” sama ada rasa manis buah-buahan atau pahit-pahit manis coklat jika kedua-dua bahan ini digunakan. Penggunaan gula dan alcohol mengelakkan kek terlalu keras apabila disimpan di dalam peti sejuk. Krim putar dan buih putih telur pula mengelakkan kek menjadi terlalu keras kerana angin tidak mudah keluar. Pencuci mulut jenis ini ialah, krim Bavarian; charlattes, mousses, cold soufflés, fruit gelatin (seperti agar-agar), malah aiskrim. Krim Bavarian Krim lembut ini dibuat dengan menyatukan (stabilize) sos vanilla bersama gelatin yang dicampur krim putar dan putih telur, diputar kental supaya ringan. Krim ini dihidangkan beku begitu sahaja atau digunakan sebagai inti jika membuat pastry, pai atau kek. Pelbagai perisa boleh dibubuh di dalam krim ini. Antara perisa yang boleh dicampurkan ialah buah-buahan seperti rasberi, pisang, mangga dan stawberi. Adakalanya coklat atau kacang digunakan. MoussesMousses mengandungi bahan-bahan putar serta dikaup dan dibalikkan hingga menjadi pencuci mulut sejuk yang lembut dan gebu. Walaupun hampir sama seperti krim Bavarian, ia tidak menggunakan gelatin sebagai stabilizer. Mousse Perancis yang klasik tidak menggunakan gelatin walaupun ramai jurumasak kini menambah sedikit gelatin supaya mousse tidak mudah cair dan bentuknya tahan lama terutama dalam cuaca panas seperti di negara ini. Walaupun coklat sering digunakan ketika membuat mousse, ia boleh digantikan dengan puri buah-buahan yang sama enaknya. CharlotteJenis ini amat terkenal di Perancis. Ia menggunakan kastard telur, puri buah-buahan dibancuh bersama krim pekat. Perisa paling digemari: coklat, rasberi, oren, lemon, mangga atau buah susu/markisah. Charlotte dibuat dengan menyusun kek span atau genoise di peringkat antarabangsa yang dipotong pelbagai bentuk. Setelah disusun potongan kek span, ia diisi krim bavarian atau krim putar. Di Amerika kek seperti ini disebut kek icebox kerana cara ia dibuat: disimpan lama di dalam peti sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan untuk dihidangkan.

Pages

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Categories

Followers

ads

Blogger Templates by Blog Forum